TEMERLOH- Dua kanak-kanak perempuan berusia 3 dan 4 tahun yang ditemui merayau di kawasan sebuah restoran makanan segera di bandar Temerloh petang semalam bukan sengaja ditinggalkan keluarga seperti didakwa sesetengah pihak.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, kanak-kanak tersebut merupakan sepupu dan mereka sebenarnya tinggal bersama keluarga di rumah pangsa berdekatan dengan kawasan itu.