SHAH ALAM - Arahan mengehadkan ibadat solat sunat hari raya Aidilfitri di masjid dan surau hanya pegawai masjid seperti imam, bilal dan siak sahaja tahun ini, sebenarnya tidak menghalang seluruh umat Islam daripada menunaikan ibadah itu secara total.
Umat Islam masih boleh meneruskan solat sunat itu di kediaman masing-masing, dan jika ada kemusykilan, bolehlah merujuk kepada 'Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah' terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang boleh dimuat turun menerusi laman web jabatan itu.