Ibu, empat anak lelaki maut dalam kebakaran di Membakut
Iklan
KOTA KINABALU - Seorang ibu bersama empat anak lelakinya rentung selepas rumah jenis tidak kekal didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Binsuluk, Membakut, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Aishah Jumat, 58, bersama empat anaknya, Dzulkarnain Othman, 34, Dzulnisham, 27, Rozaini, 26 dan Rosdi, 24.