PKPB: 1,050 buah masjid di Sabah dibenarkan solat Jumaat hari ini
Iklan
KOTA KINABALU- Sebanyak 1,050 buah masjid di Sabah hari ini dibenarkan mengadakan solat Jumaat mengikut prosedur operasi standard (SOP) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islamnya, Datuk Saifulzaman Sangul.
"Kita berdoa semoga kita dilepaskan daripada ujian koronavirus (Covid-19) besar ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Negeri, di sini hari ini.