MPK potong gaji 63 kakitangan untuk Tabung Bantuan Khas Covid-19
Iklan
Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin
KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan pemotongan gaji bagi kakitangan Majlis Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Profesional untuk disalurkan ke dalam Tabung Bantuan Khas Covid-19.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pemotongan gaji bulan Mei dan Jun ini melibatkan seramai 63 kakitangan majlis Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Profesional iaitu dari Gred 44 hingga Gred 54.
"Keseluruhan pemotongan gaji tersebut berjumlah RM8,502.80 disalurkan ke dalam Tabung Khas bantuan Covid-19," katanya pada Majlis Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi di sini hari ini.
Beliau berkata, selain itu, terdapat beberapa langkah yang turut diambil sebagai menyokong cadangan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Bagi Menangani Kesan Covid-19 ini.
"Antaranya pelaksanaan pengecualian sewaan bulan April bagi premis MPK melibatkan RM701,445.24.
"Selain itu, pengecualian Fi Notis E penggal 1/2020 bagi 65,320 harta di kawasan Majlis melibatkan jumlah sebanyak RM1,306,400," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>