Polis Terengganu nafi keluar larangan rentas daerah
Iklan
Hebahan palsu yang tular sejak pagi tadi menyatakan kononnya larangan pergerakan merentas daerah dan negeri bermula pada 22 hingga 27 Mei ini baharu dikeluarkan. - Foto Ihsan Pembaca (Roslee Chik)
KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Polis Terengganu menafikan ada mengeluarkan arahan baharu yang melarang pergerakan rentas daerah bermula pada 22 hingga 27 Mei ini seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, orang ramai digesa tidak mudah percaya dengan apa yang dibaca di dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat itu sebelum membuat sebarang pandangan atau menyebarnya kepada orang lain.
Iklan
Iklan
"Polis Terengganu mengesahkan menerima maklumat berkaitan dengan penularan satu hebahan yang tidak benar melalui media sosial.
"Hebahan tidak benar itu memperihalkan kononnya arahan baharu dikeluarkan oleh Ketua Polis Terengganu kepada semua balai polis di negeri ini yang melarang pergerakan rentas daerah sedangkan kerajaan sudah menetapkan larangan hanya berkaitan rentas negeri terutama balik ke kampung untuk sambutan Aidilfitri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Iklan
Terdahulu, tular di media sosial berhubung larangan merentas daerah dan negeri yang baharu dikeluarkan berkuatkuasa pada 22 hingga 27 Mei ini kecuali kes kematian, tetapi perlu menunjukkan bukti Permit kubur.
Roslee berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan aplikasi media sosial untuk mengeluarkan mana-mana berita ataupun permakluman yang tidak benar.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan berita tidak benar mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.