Penyelia syarikat maut motosikal bertembung
Iklan
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di unit kecemasan Hospital Dungun.
DUNGUN - Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan pertembungan dua buah motosikal di Kilometer 97, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi, Shamsul Norkhairul Anuar Ali, 32 yang parah di bahagian kepada dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan kecemasan.
Bagaimanapun, mangsa yang juga seorang penyelia sebuah syarikat kejuruteraan disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Sewaktu kejadian, mangsa yang beralamat dari kampung Padang Jambu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di kawasan industri Kerteh.
"Bagaimanapun, motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal ketika tiba di Jambatan Paka.
"Jenazah mangsa yang siap dibedah siasat diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan, manakala seorang lagi mangsa turut dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana cedera parah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>