KUALA LUMPUR - Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak di Tahun Satu diminta mendapatkan imunisasi anak masing-masing di fasiliti kesihatan berhampiran apabila menerima jadual janji temu perkhidmatan itu melalui pihak sekolah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh negara kini menghadapi wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penyampaian perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana sesi persekolahan masih belum bermula.