Peniaga Pasar Borong Gong Pauh jalani ujian Covid-19
Iklan
Peniaga menjalani saringan Covid-19. FOTO: JKNT
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menjalankan ujian saringan koronavirus (Covid-19) terhadap peniaga Pasar Borong Gong Pauh hari ini.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, seramai enam pasukan terdiri daripada pegawai perubatan, paramedik dan juruteknologi makmal terlibat dalam saringan yang bermula pada jam 7.15 pagi itu.
Iklan
Iklan
"Saringan ini adalah sebagai langkah pencegahan awal yang kita lakukan berikutan terdapat peniaga pasar borong di ibu negara dan negeri lain yang positif Covid-19.
"Sebanyak 170 sampel telah berjaya dikumpul dan saringan kedua akan dilaksanakan sekali lagi pada 17 Mei nanti,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.
Iklan
Para peniaga memberikan kerjasama dalam menjalani ujian saringan Covid-19. FOTO: JKNT
Menurut Dr Nor Azimi, aktiviti saringan itu berjalan lancar dengan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Pertahanan Malaysia (APM), Polis dan Persatuan Peniaga Pasar Borong Gong Pauh.
"Ini adalah ujian saringan bagi memastikan peniaga pasar borong Gong Pauh bebas Covid-19, jadi kita harap orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kononnya ada peniaga dijangkiti hanya kerana petugas kesihatan melakukan saringan di sana,” katanya.
Iklan
Dr Nor Azimi (tengah) turut hadir meninjau ujian saringan Covid-19 di Pasar Borong Gong Pauh. FOTO: JKNT
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>