Tiada isu kroni dalam pentadbiran Melaka
Iklan
Adly (tengah) ketika Bertemu Rakyat di Seri Bendahara, tadi.
MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri menolak timbulnya isu kroni dalam pentadbiran itu termasuk jabatan mahupun agensi kerajaan.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, di bawah pentadbiran baharu kerajaan PH menekankan beberapa elemen penting sebelum individu itu diserap menjawat jawatan yang melibatkan penjawat awam negeri sama ada di jabatan mahupun agensi kerajaan.
Iklan
Iklan
"Tidak ada isu kroni, kerajaan negeri mempunyai proses tertentu dalam setiap pelantikan tersebut.
"Proses itu termasuk temu duga, berdasarkan penilaian, laporan dari ketua jabatan dan sebagainya yang dilihat lebih telus dan berintegriti, tinggi,” katanya.
Iklan
Adly berkata demikian selepas Hari Bertemu Rakyat di Dewan Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Jelas Adly, beliau juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu membabitkan Exco dan pemimpin PKR kerana bimbang akan mengganggu proses perjalanan mahkamah dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu terbabit.
Iklan
"Memandangkan isu itu melibatkan mahkamah, kita harus menghormati dan akan sentiasa bekerjasama dengan memberikan maklumat atau apa jua data sekiranya diperlukan (mahkamah),” katanya.
Mahkamah Tinggi Melaka semalam, menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes saman Exco Kerajaan Melaka terhadap Naib Ketua Cabang PKR Kota Melaka.
[ARTIKEL BERKAITAN: Exco saman pemimpin PKR]
Sebelum itu, Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis sebagai plaintif memfailkan saman berjumlah RM5 juta terhadap Mohd Ashiq yang mempertikai pelantikan kakak kandungnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, (CEO) Zoo Melaka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tujuh tahun Akmal hilang' - Ibu dakwa anak hilang selepas kenal lelaki tua menyamar 'Puteri Nabila'"><meta itemprop="description" content="Sepasang suami isteri tidak dapat menahan kerinduan merayu anak sulung mereka, Muhd Akmal Shahrul Ab Rahim, 28, yang hilang sejak tujuh tahun lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Ibunya, Asiah Basiron, 51, berkata, anaknya kali terakhir dilihat pada 3 Oktober 2019 ketika keluar dari rumah mereka di Pulau Gadong kira-kira jam 5 petang untuk ke tempat kerja di sebuah kilang solar di Tanjung Minyak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805913/edisi/melaka-ns/tujuh-tahun-akmal-hilang---ibu-dakwa-anak-hilang-selepas-kenal-lelaki-tua-menyamar-puteri-nabila
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Akmal #Hilang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-24T06:16:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P276S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbze47m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbze47m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbze47m"></script>