Umat Islam di Perlis disaran solat sunat Aidilfitri di rumah
Iklan
ARAU - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.
Menurutnya, Jabatan Mufti Perlis akan menyediakan teks khutbah Aidilfitri yang mudah dan tidak membebankan agar ianya mudah dibacakan oleh ketua keluarga.