Tidak iktiraf kerajaan: UMNO persoal kenyataan bersama Anwar, Tun M
Iklan
Shahril Sufian Hamdan.
SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mempersoalkan kenyataan bersama yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf kerajaan pada hari ini.
Menurut Sharil, tuduhan terhadap kerajaan hari ini sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ pernah didengari sebelum ini namun ini kali pertama mereka berdua menuduh secara keras dan jelas sebagai kerajaan tidak diiktiraf.
Iklan
Iklan
"Kerajaan pintu belakang kita dah dengar. Tapi kali pertama mereka sebut 'tidak iktiraf' secara keras dan jelas. Nak tanya satu sahaja.
"Bila keluar kenyataan sebegini, ada atau tidak kesedaran yang pilih Perdana Menteri, yang selesaikan krisis akibat peletakan jawatan PM7 tempoh hari, yang temuduga setiap ahli Parlimen, yang memelihara keluhuran Perlembagaan, yang selama seminggu setiap hari menggunakan kebijaksanaan sebelum membuat keputusan, siapa?
Iklan
"Jadi, kalau bukan sekadar tidak setuju (dengan) keputusan tetapi apabila sudah sehingga sebut tidak iktiraf kerajaan hari ini, sebenarnya tidak iktiraf siapa?” soal Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO dalam satu catatan menerusi Facebooknya malam tadi.
Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan prinsip tidak mengiktiraf kerajaan sekarang ini dan disebut Anwar serta Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ia terbentuk hasil daripada perbuatan khianat.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir, Anwar tidak iktiraf kerajaan hari ini
Kenyataan yang menggandingkan nama kedua-dua pemimpin parti berkenaan dibuat sempena menyambut dua tahun kejayaan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) iaitu pada 9 Mei 2018 semalam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>