Mana kami nak lalu?
Iklan
Penduduk tiada laluan lain sekiranya jalan masuk ke rumah mereka diambil untuk projek pembinaan depoh KTMB.
TUMPAT - Empat keluarga terjejas apabila jalan masuk ke kawasan kediaman mereka terlibat dengan projek pembinaan depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Penduduk Kampung Dalam Rhu, Yuzariah Yunus, 53, berkata, jalan itu ditutup kerana terletak di atas tanah KTMB yang akan dibina depoh.
Iklan
Iklan
Katanya, penduduk tidak menghalang pembinaan depoh itu tetapi yang dibimbangkan empat keluarga di situ tiada jalan untuk keluar dan masuk ke rumah masing-masing.
"Kami tahu itu hak KTMB, tapi kami harapkan belas ihsan agar ada alternatif lain supaya kami tidak ‘terperangkap’ di sini.
Iklan
"Sudah tiada jalan lain untuk kami keluar kecuali KTMB sediakan laluan ke rumah kami. Kami ada membuat permohonan dengan KTMB agar menyediakan jalan tetapi permohonan kami ditolak,” katanya.
Yuzariah berkata, sekiranya jalan itu ditutup juga akan menimbulkan kesulitan jika berlaku kecemasan.
Iklan
"Tahun 2005 pernah berlaku kebakaran besar di kampung ini membabitkan lapan rumah. Disebabkan tiada jalan, jentera bomba sukar masuk.
"Tapi selepas kuarters KTMB di hadapan rumah kami dirobohkan, kami jadikan kawasan ini sebagai jalan keluar masuk ke sini,” katanya.
Sementara itu, sumber KTMB berkata, laluan tersebut terpaksa ditutup kerana tidak cukup ruang untuk pemasangan rel, ‘turntable’ baharu dan pembinaan ‘washing plant’.
"Lokasi ini perlu dilindungi kerana banyak peralatan berharga dan faktor keselamatan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>