Syed Saddiq tidak layak jadi ketua - Hariri
Iklan
Noor Hariri Mohamed Noor (kiri), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
KOTA BHARU – Pemuda UMNO Kelantan melihat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang yang tidak layak untuk mengetuai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, Syed Saddiq tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi seorang ketua, tambahan pula sering dikaitkan dengan pelbagai isu luaran lain.
Iklan
Iklan
"Syed Saddiq ternyata adalah seorang yang penakut apabila tidak berani untuk mengadakan Mesyuarat secara sah bersama-sama Exco Armada sebelum mencapai kata putus dalam mengeluarkan apa-apa pernyataan rasmi Armada.
"Kekecohan berlaku apabila keluar penafian daripada ketua-ketua Armada Negeri tentang pernyataan beliau buat. Tindakan ini amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.
Iklan
"Kenyataan yang dikeluarkan ketua biasanya telah dipersetujui oleh semua pihak. Bukan hanya bertindak atas emosi dan keperluan sendiri,”katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN] - Tidak semua pimpinan Armada sokong kerjasama dengan PH
Menurutnya, Armada memerlukan seorang ketua yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan bijak dalam berpolitik, tanpa membawa sebarang unsur-unsur subversif dan menghasut kepada anak muda.
Iklan
Beliau berkata, selain itu, Ketua Armada hendaklah memiliki sikap dan watak pendamai, termasuklah mementingkan kelangsungan hubungan serta keharmonian semua parti dalam hubungan Perikatan Nasional.
"Saya lihat Syed Saddiq seorang yang tidak peka dan biasa dengan keadaan sekeliling apabila selalu terperangkap dalam percakapan dan tutur kata.
"Syed Saddiq ternyata masih ditunggangi oleh DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila segala tindak tanduknya menyebelahi PH yang tentunya amat prejudis dan memusuhi Islam dan Melayu,”katanya.
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.