MCA sasar tiga kerusi, Kota Laksamana masih diusahakan

Iklan
Hee Sem singgah pada program Santai Anak Muda di DUN Machap Jaya. Foto: Facebook Ngwe Hee Sem

ALOR GAJAH - MCA dijangka mampu memenangi tiga daripada empat kerusi yang ditandingi parti itu untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kali ini.

Timbalan Pengerusi MCA Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, keyakinan itu melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri Machap Jaya yang diwakilinya, Kelebang dan Bandar Hilir.

Iklan
Iklan

"Bagi kawasan Kota Laksamana kita masih usaha untuk menghasilkan kemenangan untuk BN," katanya ketika ditemui pada program jelajah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di sini pada Isnin.

Hee Sem (berdiri) singgah pada program Santai Anak Muda di DUN Machap Jaya. Foto: Foto: Facebook Ngwe Hee Sem

Pada masa sama, Hee Sem berkata, komitmen dan khidmat yang dilaksanakan sepanjang lima tahun menjadi wakil rakyat menjadi sandaran beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Iklan

"Saya juga selalu mengadakan program menyantuni rakyat dan melihat sendiri serta mendengar masalah mereka. Saya percaya penduduk sudah mengenali usaha yang telah saya lakukan," katanya.

Mengulas persiapan menjelang hari pengundian, Hee Sem berkata, kunjungan ke semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah dilaksanakan termasuk beberapa lokaliti sepanjang tempoh berkempen.

Iklan

Jelas beliau, usaha mendekati pengundi bukan hanya dilakukan ketika musim pilihan raya, sebaliknya telah bermula sejak memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021.