9 inisiatif CIDB bantu kontraktor, penggiat industri binaan

Iklan
Datuk Seri Fadillah Yusof

LEMBAGA Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memperkenalkan sembilan inisiatif kepada kontraktor dan penggiat industri pembinaan bagi mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif berkenaan termasuk kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor, penangguhan bayaran levi untuk projek swasta, penangguhan yuran latihan kompetensi kemahiran dan yuran penilaian kompetensi kemahiran untuk pekerja tempatan.

Iklan
Iklan

"Inisiatif lain ialah kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor dengan mengecualikan keperluan mata CCD dalam syarat pembaharuan pendaftaran kontraktor untuk tahun 2020 dan penangguhan pengenaan syarat MCORE (G1) ke 2021 yang mewajibkan MCORE untuk G1 ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 1 Januari 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Inisiatif juga memberikan pengecualian syarat Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) dan insentif yuran latihan dalam penyeliaan dan pengurusan serta kad pendaftaran personel binaan,” katanya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, inisiatif juga melibatkan insentif yuran Certificate of Approval (COA) di bawah personel binaan.