Exco saman pemimpin PKR
Iklan
Mohd Ashiq (kanan) bersama peguamnya ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Melaka, semalam.
AYER KEROH - Mahkamah Tinggi Melaka semalam, menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes saman seorang Exco kerajaan negeri terhadap Naib Ketua PKR Cabang Kota Melaka.
Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ida Rahayu Sharif menetapkan tarikh itu untuk defendan menjawab saman Exco Kebudayaan dan Pelancongan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Iklan
Iklan
Peguam Naib Ketua PKR Cabang Kota Melaka, Mohd Ashiq Abd Samad, Goh Han Koon berkata, mahkamah mengarahkan anak guamnya mengemukakan surat jawapan terhadap saman berkenaan dalam tempoh tiga minggu selewat-lewatnya sebelum tarikh itu.
Sebelum ini, Muhammad Jailani sebagai plaintif memfailkan saman berjumlah RM5 juta terhadap Mohd Ashiq yang mempertikai pelantikan kakak kandung Muhammad Jailani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Zoo Melaka.
Iklan
Mohd Ashiq tiba di pekarangan mahkamah bersama peguam dan penyokongnya kira-kira jam 9 pagi.
Hadir sama bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.
Iklan
Muhammad Jailani pula tidak hadir dan diwakili Firma Guaman Phang & Partners.
Sementara itu, Mohd Ashiq yang dihubungi berkata, beliau bertanggungjawab dengan kritikan dan kenyataan yang dikeluarkan di Facebook yang merujuk individu itu berasaskan fakta dan bukannya sekadar fitnah.
"Sebelum dan selepas jadi kerajaan saya di peringkat cabang parti memang akan kritik sekiranya sesuatu itu tidak benar, kerana semangat integriti itu yang kita sering laungkan sebelum berjaya menjadi kerajaan lagi.
"Individu itu pun tiada memanggil untuk kita menyelesaikan secara baik dan terus mahu ke mahkamah tinggi dan saya terima dan ikuti proses mahkamah seterusnya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tujuh tahun Akmal hilang' - Ibu dakwa anak hilang selepas kenal lelaki tua menyamar 'Puteri Nabila'"><meta itemprop="description" content="Sepasang suami isteri tidak dapat menahan kerinduan merayu anak sulung mereka, Muhd Akmal Shahrul Ab Rahim, 28, yang hilang sejak tujuh tahun lalu supaya pulang ke pangkuan keluarga.
Ibunya, Asiah Basiron, 51, berkata, anaknya kali terakhir dilihat pada 3 Oktober 2019 ketika keluar dari rumah mereka di Pulau Gadong kira-kira jam 5 petang untuk ke tempat kerja di sebuah kilang solar di Tanjung Minyak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805913/edisi/melaka-ns/tujuh-tahun-akmal-hilang---ibu-dakwa-anak-hilang-selepas-kenal-lelaki-tua-menyamar-puteri-nabila
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Akmal #Hilang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-24T06:16:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P276S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbze47m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbze47m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbze47m"></script>