Sabah tak laksana PKPB, teruskan PKP sehingga 12 Mei

Iklan
MOHD SHAFIE

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan pada Jumaat lepas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri akan mengekalkan pelaksanaan PKP fasa empat yang berakhir pada 12 Mei ini.

Iklan
Iklan

"Saya menyeru rakyat untuk terus mematuhi PKP fasa empat yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB yang akan bermula esok memberi kebenaran kepada sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi selain kebenaran kepada beberapa aktiviti lain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. - Bernama

Iklan
Iklan