MBS sita perniagaan tepi jalan
Iklan
Penguat kuasa MBS menyita khemah ditinggalkan di bahu jalan. FOTO: Sumber Facebook MBS
SEREMBAN - Tindakan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyita barang perniagaan yang ditinggalkan di bahu jalan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan mencegah aktiviti penjaja atau bazar mini Ramadan.
Datuk Bandar MBS Datuk Zazali Salehudin berkata, peniaga atau penjaja bagaimanapun boleh menuntut semula barangan mereka daripada MBS.
Iklan
Iklan
"Kita faham ada yang beranggapan penguat kuasa MBS tak prihatin bila ambil tindakan mengangkut atau membuka khemah dan payung peniaga, tapi ia bertujuan menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat.
"Kebanyakan tindakan diambil berdasarkan aduan awam. Kita terpaksa bertegas kerana kita tidak mahu wabak koronavirus (Covid-19) menular. Lagipun bila ada peniaga, di situ akan jadi kawasan tumpuan," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Menurutnya, peniaga sepatutnya membawa pulang barangan perniagaan mereka selepas selesai berniaga dan bukannya tinggalkan di bahu jalan yang boleh mencacatkan pemandangan.
Penguat kuasa MBS menyita khemah ditinggalkan di bahu jalan. FOTO: Sumber Facebook MBS
Malah kata Zazali, ramai yang didapati memasang khemah dengan struktur kekal supaya tiada peniaga lain mengambil tempat mereka sedangkan ia tidak dibenarkan.
Iklan
"Ia bukannya perkara baru. Tapi selama ini atas dasar prihatin kita tidak ambil tindakan kerana faham semuanya mahu cari rezeki.
"Kita tidak menghalang sesiapa pun mahu berniaga tapi perlulah dengan cara yang betul. Cuma kali ini kita perlu tegas bagi mengekang penularan Covid-19," katanya.
Selain itu katanya, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk penjaja berniaga sekaligus memastikan ia lebih tersusun.
Sebagai contoh beliau berkata, penjaja di sekitar Bandar Prima Senawang kini telah pun dikumpulkan di satu lokasi di situ supaya tidak mengganggu lalu lintas dan ruang parkir.
"Memandangkan kita perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan penjarakkan sosial, kita akan fikirkan cara lebih sesuai untuk golongan penjaja berniaga selepas ini," katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.