Program Prihatin Ummah 2020 bersama EZ Qurban
Iklan
EZ Qurban akan melaksanakan Program Prihatin Ummah 2020 (PPU) kali ke-11 dengan perlaksanaan akikah Ramadan melibatkan 11 buah negara.
SHAH ALAM - EZ Qurban Sdn Bhd akan melaksanakan Program Prihatin Ummah 2020 (PPU) kali ke-11 sepanjang Ramadan tahun ini melalui perlaksanaan akikah Ramadan membabitkan 11 buah negara.
EZ Qurban Sdn Bhd menerusi kenyataan memaklumkan antara negara yang terlibat dalam program itu ialah Kenya, Ethopia, Sri Lanka, Bangladesh, Laos, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia dan Kem Pelarian Arakan di Myanmar.
Iklan
Iklan
"Program ini bertujuan menyelesaikan hasrat tertangguh dan memberi peluang rakyat Malaysia yang mahu melangsaikan tuntutan akikah anak ketika Ramadan," katanya.
Antara program yang dilaksanakan sebelum ini di Chittagong-Bangladesh.
Katanya, program itu turut dibuka untuk tajaan majlis berbuka puasa anak-anak yatim di negara terbabit.
Iklan
"Melalui modal RM580 bagi seekor kambing peserta akan mendapat pulangan ganjaran pahala melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini.
"Program PPU ini juga akan mengagihkan daging akikah kepada umat Islam memerlukan selain berbuka puasa bersama," katanya.
Iklan
Menurutnya, pendaftaran dalam talian sudah dibuka dan tarikh tutup adalah pada 20 Mei ini.
"Layari www.ezqurban.org/aqiqahramadan untuk pendaftaran dan pertanyaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>