Hampir semua sektor ekonomi dibuka semula mengikut SOP ketat
Iklan
PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk membuka semula hampir semua sektor ekonomi secara berhati-hati mengikut prosedur operasi standard (SOP) kesihatan ketat bermula 4 Mei hadapan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).