Musim candat sotong: APMM beri amaran kepada nelayan!
Iklan
Timbalan Pengarah Operasi Komander Maritim Ariffin Ghazali (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan untuk diagihkan kepada keluarga komuniti nelayan yang terjejas sepanjang tempoh PKP
KUALA TERENGGANU- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu memberi amaran tegas kepada semua nelayan supaya tidak membenarkan individu atau kumpulan yang bukan kru sah berada di atas bot bagi tujuan melakukan aktiviti mencandat sotong.
Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, nelayan tempatan yang memiliki permit atau lesen sah daripada Jabatan Perikanan Malaysia sahaja dibenarkan melakukan aktiviti berkenaan selaras dengan arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Muhammad Suffi
Iklan
Iklan
Menurutnya, mana-mana pihak yang didapati berdegil, tindakan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 kerana melanggar PKP boleh dikenakan.
"Jika disabitkan kesalahan, semua 'penumpang tidak sah' dan pemilik bot berkenaan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Iklan
"Kami tidak akan teragak-agak menarik semula kebenaran untuk bot beroperasi yang diberikan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Muhammad Suffi berkata, selaras dengan PKP yang masuk fasa keempat, pihaknya terus mempergiat rondaan pengawasan Op Covid-19 di perairan negeri terutama bagi mengelak kemasukan nelayan asing yang dikhuatiri membawa kepada penularan wabak koronovirus (Covid-19).
Iklan
Katanya, selain melaksanakan tugas memastikan PKP dipatuhi, pihaknya juga melakukan rondaan berterusan bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan seperti pencerobohan nelayan asing terutama nelayan asing Vietnam.
"Sehingga hari ini, pihak kami sudah melakukan sebanyak 26 pengusiran bot nelayan asing dan kesemuanya dari Vietnam.
"Tindakan ini selaras dengan kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini yang menyatakan tindakan pengusiran dilaksanakan terhadap bot nelayan asing tanpa tangkapan," katanya.
Orang ramai terutama nelayan tempatan untuk melaporkan sebarang maklumat dan salah laku yang berlaku di perairan Negara ke talian MERS 999 atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Suffi berkata, pihaknya mengambil inisiatif memberi bantuan berbentuk keperluan asas kepada komuniti nelayan yang terjejas sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Katanya, bantuan yang diagihkan melalui wakil Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas sekaligus memberikan khidmat sosial pihaknya kepada masyarakat.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor