SHAH ALAM - Walaupun dalam era Malaysia Baharu, kerajaan hari ini masih perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
Profesor Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, dalam konteks kerajaan baharu, perubahan hanya melibatkan pendekatan, wawasan atau strategi yang baharu serta tidak bertentangan dengan dua perkara berkenaan.