Wakaf al-Quran lengkapkan kits solat pesakit Hospital Ampang

Iklan
Kakitangan Hospital Ampang bersama sebahagian daripada al-Quran yang diwakafkan oleh orang ramai menerusi Projek Wakaf Al-Quran anjuran WUIF semalam.

SHAH ALAM - Hospital Ampang mengambil pendekatan untuk memanfaatkan al-Quran yang diterima menerusi Projek Wakaf Al-Quran anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi melengkapkan set kits solat buat pesakit.

Timbalan Pengarah Perubatan I, Hopital Ampang, Dr Nor Ashikin Md Amin berkata, selain untuk kegunaan kakitangan, sebanyak 440 naskhah al-Quran yang diterima itu akan diletakkan di dalam set kits solat sedia ada.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ini pihak hospital memiliki sebanyak 300 kotak kits solat yang mengandungi botol spray wuduk, debu tayammum, sejadah kecil, risalah-risalah panduan solat dan buku-buku agama.

Kakitangan Hospital Ampang bersama sebahagian daripada al-Quran yang diwakafkan oleh orang ramai menerusi Projek Wakaf Al-Quran anjuran WUIF semalam.

"Jadi Alhamdulillah selepas ini kita akan memasukkan wakaf al-Quran yang diterima hasil sumbangan orang ramai ke dalam set kits solat tersebut.

Iklan

"Bagaimanapun kemudahan ini hanyalah untuk kegunaan pesakit di hospital sahaja. Mereka boleh mendapatkan set kits solat ini di kaunter wad dan perlu memulangkannya selepas discaj nanti,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Dr NorAshikin turut menyifatkan sumbangan al-Quran yang diterima menerusi Projek Wakaf Al-Quran itu mampu memperhebatkan lagi misi hospital sebagai Hospital Mesra Ibadah.

Iklan

Malah katanya, dengan sumbangan al-Quran itu juga mampu memperhebatkan lagi program agama bukan sahaja ketika Ramadan tetapi sepanjang masa.

Kakitangan Hospital Ampang bersama sebahagian daripada al-Quran yang diwakafkan oleh orang ramai menerusi Projek Wakaf Al-Quran anjuran WUIF semalam.

"Kami di Hospital Ampang sememangnya mengamalkan program tadarus al-Quran dalam kalangan kakitangan dan dengan adanya sumbangan ini dilihat telah melancarkan lagi aktiviti tadarus al-Quran Ramadan kali ini.

"Bagi kegunaan pesakit, kita akan mula edarkan di wad-wad bermula hari ini dan esok bagi memudahkan pesakit membaca yang menghayati al-Quran sepanjang mereka menerima rawatan di sini,” katanya.

Projek wakaf al-Quran WUIF yang dilancarkan sejak 3 April lalu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv, Majlis Dakwah Negara dan Solidariti Ummah Untuk Ummah dengan membawa misi mengQurankan bangsa, mengikhlaskan ummah.

Untuk menyumbang sebagai pewakaf al-Quran, orang ramai boleh mendaftar di bit.ly/wakafquranhospital. Bayaran wakaf boleh dibuat kepada Warisan Ummah Foundation melalui nombor akaun Maybank Islamik 5642 7651 6031 dengan rujukan Wakaf Quran.