Disangka tikar getah, rupanya ular sawa
Iklan
Seorang penternak berdepan detik cemas, apabila terjumpa reptilia yang sedang ‘berehat’ kekenyangan setelah menelan seekor kambing dalam kandang miliknya pagi tadi.- GAMBAR HIASAN
KUALA TERENGGANU - Disangkakan tikar getah, rupanya ular sawa batik yang sedang ‘berehat’ setelah kekenyangan menelan seekor kambing.
Demikian kata seorang penternak Nazwan Akram Mohd Nasir, 29, yang berdepan detik cemas, apabila terjumpa reptilia itu dalam kandang kambing miliknya di Kampung Kubang Ikan, di sini pada jam 10.30 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Dia yang pertama kali berdepan situasi sedemikian sejak menternak enam tahun lalu mengakui agak panik sebelum bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Terengganu untuk mendapatkan bantuan.
"Saya masuk ke dalam kandang untuk beri makanan, saya tengok dari luar nampak macam tikar getah...nampak pelik dah, tapi bila pergi dekat sekitar kawasan kandang tu penuh dengan badan ular.
Iklan
"Masa saya jumpa tu, kambing dah dalam perut ular tu...tapi dalam beberapa minit ia dimuntahkan balik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Nazwan yang turut menternak lembu di kawasan itu berkata, paling terkesan dengan kejadian tersebut ialah dua ekor anak kambing betina tersebut dan dapat dilihat mereka mencium badan ibunya yang telah mati bagaikan mahu menghisap susu.
Iklan
Sementara itu, anggota APM Lans Koperal Wan Mohd Fakruddin Wan Sharil berkata, mereka tiba di kawasan penternakan itu sekitar jam 10.50 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam untuk menangkap haiwan terbabit. - Bernama
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal