Kecoh depan restoran, sekumpulan individu bergaduh

Iklan
Tangkap layar video tular pergaduhan melibatkan beberapa individu di Jalan Ipoh baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Tular video pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di hadapan sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya telah mengesan video tular berkenaan yang memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan individu di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Identiti individu yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dikenal pasti.

Iklan

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan semula video berkenaan bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585.

Iklan

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerusi talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.