Tutup premis solat Jumaat: Polis rekod keterangan Ahli Parlimen Kota Melaka

Iklan
Kumar berkata, sebanyak lima laporan polis terhadap Khoo Poay Tiong diterima.

SHAH ALAM - Keterangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah direkodkan Jumaat lalu untuk siasatan berkenaan isu penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, sebanyak lima laporan polis diterima berkenaan isu ini setakat jam 10 pagi, Ahad.

Iklan
Iklan

"Seramai lima orang saksi telah dirakam percakapan dan keterangan Ahli Parlimen Kota Melaka (Poay Tiong) diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah Jumaat lepas," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, siasatan kes masih dijalankan.

Iklan

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, siasatan kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Tegas Mohd Khalid, Polis Diraja Malaysia turut memberi amaran kepada semua pihak agar tidak sesekali menyentuh atau membangkitkan isu 3R (kaum, agama, institusi diraja) dalam apa jua bentuk yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

Iklan

Sebelum ini, Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan hantarannya berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat.

Dalam kenyataan permohonan maafnya, beliau mengakui terdapat kelemahan dalam penyampaian pandangan berkenaan, khususnya dari segi pemilihan kata dan nada yang digunakan sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, terutama umat Islam.