Malaysia perlu waspada kegiatan Mossad Israel di negara jiran - Anwar
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Program Semarak Wakaf Perdana 2026 hari ini. Foto Bernama
GEORGE TOWN -  Malaysia perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap kegiatan perisikan Israel di negara jiran susulan peningkatan aktiviti agensi perisikan Mossad di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diminta memaklumkan kepada rakyat mengenai perkembangan berkenaan, termasuk kegiatan yang didakwa menggunakan pangkalan di negara jiran.
Iklan
Iklan
Anwar berkata, kegiatan berkenaan menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini, sekali gus menuntut perhatian serius terhadap aspek keselamatan negara.
"Dalam tiga empat tahun ini naik tiga empat kali, tiga kali kekuatan dia," kata beliau ketika berucap pada Majlis Semarak Wakaf Perdana 2026 di sini, hari ini.
Iklan
Perdana Menteri berkata, kegiatan berkenaan turut melibatkan pembelian tanah oleh pihak yang dikaitkan dengan Israel di beberapa lokasi di Thailand, termasuk Phuket, Bangkok dan selatan negara itu.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan negara jiran bagi memastikan sebarang ancaman keselamatan serantau dapat ditangani melalui kerjasama yang berkesan.
Iklan
Perdana Menteri berkata, hubungan diplomatik yang baik penting dalam menghadapi perkembangan geopolitik semasa, namun pada masa yang sama Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan memperkukuh keupayaan keselamatan sendiri
"Kita kena awasilah. Kita kena baik dengan negara jiran supaya dapat kita tangani hal ini. Dan kedua, kita kena waspada supaya kekuatan kita tegas, cekap dan kuat," kata beliau.
Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh kepentingan kebijaksanaan dalam mengurus hubungan antarabangsa, khususnya dengan negara kuasa besar bagi melindungi kepentingan serta keselamatan Malaysia.
Beliau berkata, Malaysia perlu mengambil pendekatan diplomatik yang seimbang berdasarkan kepentingan strategik negara, termasuk dalam hubungan dengan Amerika Syarikat dan China.- Bernama
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.