Hujan lebat tidak halang polis kawal keselamatan himpunan

Iklan
Pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur serta IPD Dang Wangi dilihat terus berkawal dan melakukan pemantauan di sekitar lokasi himpunan meskipun berdepan keadaan cuaca tidak menentu.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini tidak menghalang anggota polis daripada terus menjalankan kawalan keselamatan bagi memastikan keadaan kekal terkawal sepanjang berlangsungnya Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu.

Pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dilihat terus berkawal dan melakukan pemantauan di sekitar lokasi himpunan meskipun berdepan keadaan cuaca tidak menentu.

Iklan
Iklan

Kehadiran pihak berkuasa itu bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman orang awam selain memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan terkawal.

Terdahulu, peserta himpunan berkenaan mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo sekitar jam 2 petang.

Iklan

Himpunan itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) bersama persatuan mahasiswa dari beberapa universiti tempatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya generasi muda, mengenai kepentingan membanteras rasuah.

Setakat jam 4 petang, peserta masih berhimpun di lokasi berkenaan.

Iklan