Anthony Loke enggan ulas permintaan Anwar sambung tugas Menteri Pengangkutan

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan penerima topi keledar pada Program Yakin MADANI di Kompleks Belia dan Sukan Paroi hari ini. Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Foto Bernama.

SEREMBAN - Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke hari ini enggan memberikan sebarang komen berhubung permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin.

Cubaan petugas media untuk mendapatkan reaksi Anthony Loke selepas Program Yakin MADANI di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) di sini gagal apabila beliau hanya menggelengkan kepala sambil mengangkat tangan sebagai tanda enggan mengulas sebelum berlalu pergi.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Anwar ketika berucap merasmikan program berkenaan, meminta Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP menyambung tugasnya secepat mungkin kerana Kementerian Pengangkutan memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui pelbagai prasarana pengangkutan.

Perdana Menteri berkata, beliau menghormati dan memahami alasan peletakan jawatan dikemukakan Anthony Loke namun menegaskan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diutamakan.

Iklan

Pada 10 November, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Bagaimanapun, Anthony Loke dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri. - Bernama 

Iklan