Cukup-cukuplah cemar uniform pihak berkuasa

Iklan
Merak Jalanan percaya majoriti anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme. Foto hiasan

MERAK Jalanan semakin bimbang apabila melihat satu demi satu berita yang menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi yang sepatutnya menjadi benteng keselamatan negara.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penahanan beberapa individu yang dipercayai terlibat kegiatan penyeludupan dadah menggunakan kemudahan berkaitan ketenteraan.

Iklan
Iklan

Jika benar, ia bukan sekadar pelanggaran undang-undang, tetapi pengkhianatan terhadap amanah.

Dalam masa sama, perhatian turut tertumpu beberapa kes kematian ketika dalam tahanan.

Iklan

Apa yang meresahkan bukan sekadar kematian itu sendiri, tetapi persoalan yang sering mengiringinya.

Bagaimana seseorang yang ditahan dalam keadaan sihat boleh berakhir dengan kecederaan?

Iklan

Mengapa insiden seumpama ini masih berulang walaupun pelbagai cadangan penambahbaikan telah dibangkitkan sejak sekian lama?

Setiap kali berlaku kes seperti ini, jawapan dicari rakyat bukan sekadar simpati atau kenyataan media. Yang lebih penting ialah ketelusan, siasatan menyeluruh dan keberanian mengambil tindakan terhadap pihak yang bersalah tanpa mengira pangkat atau jawatan.

Merak Jalanan percaya majoriti anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Namun, jangan juga kerana mahu menjaga imej institusi, kita menutup mata terhadap salah laku segelintir individu.

Kesalahan yang disembunyikan hari ini akhirnya akan menjadi barah yang merosakkan kepercayaan awam pada masa depan.