KKB anjur program amal buat Palestin
Iklan
Program Palestine Ramadan Charity bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan di Palestin. -Foto KKB
KUALA LUMPUR - Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) akan menganjurkan program Palestine Ramadan Charity bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan di Palestin.
KKB dalam satu kenyataan memaklumkan, program tersebut diadakan setelah mengambil kira cabaran yang dihadapi penduduk Palestin terutamanya sepanjang penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
"Langkah pencegahan Covid-19 yang dilaksanakan mendatangkan cabaran hebat kepada penduduk terutamanya dari segi pertambahan pengangguran, kelumpuhan sektor pelancongan di Gaza, sektor pengangkutan, kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan kekurangan alatan perubatan,” katanya.
KKB berkata, bantuan dalam bentuk pek makanan, anjuran majlis berbuka puasa, bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan hadiah Aidilfitri untuk kanak-kanak akan disampaikan melalui projek tersebut.
Iklan
Katanya, antara lokasi yang dipilih ialah Gaza, Tebing Barat dan juga Al-Quds.
"Krew KKB di Palestin akan mengumpulkan maklumat agar dana yang dikumpulkan digunakan sepenuhnya untuk projek ini,” katanya.
Iklan
KKB juga sangat mengalu-alukan orang ramai yang ingin menaja atau menyumbang dengan menghubungi Pegawai Eksekutif Program, Nur Hafiza Pakhurdin di talian 017-5759783 atau melalui emel di hafiza.kkb@gmail.com.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>