Keganasan rumah tangga, polis tahan lebih 4,000 orang

Iklan
Polis sedang berkawal di sekitar jalan di London. -Foto CNN

LONDON - Polis Metropolitan London menahan lebih 4,000 orang yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga sejak sekatan diperkenalkan untuk menghentikan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut CNN, Ketua Keselamatan Metropolitan, Komander Sue Williams berkata. arahan untuk kekal berada di rumah sangat penting bagi mengatasi krisis kesihatan yang sedang melanda.

Iklan
Iklan

"Tetapi sayangnya ia telah meningkatkan risiko mangsa keganasan rumah tangga dan menjadikan masalah itu lebih terpencil,” katanya.

Beliau berkata, mangsa boleh meninggalkan rumah untuk melepaskan diri daripada bahaya atau meminta pertolongan dan mereka tidak akan dikenakan hukuman kerana melanggar perintah kawalan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Keprihatinan utama kami ialah melindungi mangsa serta orang lain yang turut terkesan dan seterusnya membawa pesalah ke muka pengadilan,” tambahnya.