'Pecahkan tembok kartel bukan mudah' - Armizan puji KDN, PDRM
Iklan
Armizan
SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali merakamkan penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan membongkar kegiatan sindiket penyeludupan dadah yang sekian lama beroperasi.
Ahli Parlimen Papar itu turut menyifatkan usaha menumpaskan sindiket berkenaan bukan sesuatu yang mudah, terutama dalam berdepan kegiatan jenayah terancang.
Iklan
Iklan
"Pastinya bukan mudah memecahkan tembok kartel ini.
"Moga komitmen, keberanian dan ikhtiar ini menjadi amal yang mendapat pulangan keberkatan ALLAH SWT," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Iklan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan kegiatan penyeludupan tiga tan dadah disyaki jenis methamphetamine (syabu) bernilai RM156 juta menerusi dua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sabah dan Labuan sejak Ogos 2024.
Menurutnya, kegiatan itu dikesan menerusi risikan berterusan PDRM, yang mengenal pasti 21 transaksi penyeludupan dadah dilakukan melalui kedua-dua pangkalan berkenaan.
Iklan
Daripada jumlah itu, 14 transaksi dari Pangkalan TUDM Labuan melibatkan 1.2 tan dadah bernilai RM63 juta, manakala tujuh lagi melalui Pangkalan TUDM Tawau membabitkan 1.8 tan dadah bernilai RM93 juta.
Beliau turut memaklumkan sehingga kini, sebanyak 13 individu telah ditahan termasuk tujuh pegawai TUDM, lima pegawai dan dua anggota lain-lain pangkat serta enam orang awam, selain melibatkan rampasan 96.64 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM4.83 juta serta sitaan terhadap tiga kenderaan dengan nilai RM172,062.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>