Al-Quran, buku agama ditemui dalam bungkusan plastik hitam

Iklan
Polis

JOHOR BAHRU - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan sejumlah bungkusan plastik hitam mengandungi kitab al-Quran dan pelbagai buku berkaitan agama Islam termasuk Surah Yasin di sekitar kawasan Ulu Tiram di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Victor Genason berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan bungkusan berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat sejumlah bungkusan plastik hitam yang mengandungi kitab al-Quran dan beberapa buku agama Islam.

"Susulan penemuan itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat serta motif kejadian berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.

Iklan

"Kerjasama masyarakat amat dihargai bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan teliti dan adil.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3864222," katanya.