Siasat siapa buat tohmahan kerajaan sebar dokumen pengampunan bersyarat Najib - PM

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kepada umum.

Anwar turut menegaskan bahawa dokumen pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak didedahkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Iklan
Iklan

“Jadi siapa itu patut disiasat jangan buat tohmahan yang mengatakan kerajaan edarkan, tak ada dan itu tidak benar.

“Apa yang berlaku hanyalah tindakan Peguam Negara menyediakan kes dan jawapan bagi prosiding di mahkamah,” ujarnya di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Tambah Anwar, Kementeri Dalam Negeri (KDN) perlu menyiasat bagi mengenal pasti maklumat berkenaan boleh tersebar sebelum dibentangkan di mahkamah.

Iklan

Menurutnya, tidak dinafikan bahawa ada dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia dan sewajarnya kekal rahsia.

“Persoalannya mengapa Peguam Negara memohon supaya dokumen berkenaan dinyah rahsia. Ini kerana terdapat permohonan di mahkamah dan Peguam Negara perlu menyediakan jawapan berhubung perkara itu.

“Dalam proses tersebut, beliau perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan. Bagaimanapun, siapa yang mendedahkan perkara itu lebih awal?

“Saya percaya perlu menyiasat bagaimana maklumat berkenaan boleh tersebar sebelum dibentangkan di mahkamah. Sebaik sahaja dokumen itu dibentangkan di mahkamah, sudah tentu ia akan tersebar dengan sendirinya,” katanya.