Banjir landa Terengganu, 123 mangsa dipindahkan

Iklan
Seramai 123 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal susulan banjir yang melanda Kuala Nerus pada Isnin.

​KUALA NERUS – Seramai 123 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda daerah ini pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Nerus memaklumkan, sebuah PPS di Dewan Serbaguna Tok Jembal mula diaktifkan pada jam 9 malam.

Iklan
Iklan

Anggota keselamatan melakukan tinjauan kawasan yang mula dinaiki air di daerah Kuala Nerus.

Menurutnya, setakat jam 5 pagi, PPS berkenaan menempatkan 123 mangsa terdiri daripada 28 lelaki, 31 perempuan, tujuh warga emas lelaki dan tujuh warga emas perempuan.

Iklan

Pemindahan itu turut membabitkan 24 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, empat bayi lelaki serta seorang orang kurang upaya (OKU) perempuan.

Sementara itu, keadaan cuaca di daerah berkenaan dilaporkan hujan renyai, manakala paras air menunjukkan trend meningkat secara perlahan.

Iklan