Kanser darah jarang berlaku, Muhammad Hariz perlukan RM61,201
Iklan
Muhammad Hariz disahkan menghidap Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML).
GEORGE TOWN – Harapan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Muhammad Hariz Raif Mohd Hanafi untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain bergantung kepada kejayaan prosedur pemindahan sum-sum tulang yang dijadualkan pada Disember ini.
Namun, keluarganya kini berdepan kekangan kewangan apabila perlu menyediakan RM61,201 bagi menampung sebahagian kos rawatan kritikal untuk merawat kanser darah jarang berlaku yang dihidapinya.
Iklan
Iklan
Muhammad Hariz disahkan menghidap Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML) dan sudah menjalani 16 kitaran kemoterapi sejak Julai tahun lalu bagi mengawal perkembangan penyakit berkenaan.
Muhammad Hariz dipangku bapanya,Mohd Hanafi Md Isa bersama keluarganya.
Iklan
Pengerusi Friends of Childhood Cancer at Northern (FOCCAN), Maznah Tayib berkata, kanak-kanak itu kini menjalani kemoterapi kitaran ke-17 sebagai persediaan sebelum menjalani pemindahan sum-sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurutnya, perkembangan rawatan Muhammad Hariz masih memerlukan perhatian serius apabila ujian sum-sum tulang yang dijalankan pada September lalu menunjukkan sel kanser masih aktif sebanyak 10 peratus walaupun selepas 16 kitaran kemoterapi.
Iklan
“Pemindahan sum-sum tulang ini amat penting bagi memberikan peluang kepada Muhammad Hariz untuk pulih selain mengelakkan penyakit yang dihidapinya daripada berkembang menjadi lebih agresif.
“Prosedur itu dirancang berlangsung pada penghujung Disember ini dan keluarga perlu memastikan segala keperluan rawatan dapat disediakan mengikut jadual ditetapkan pihak hospital,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Maznah berkata, keseluruhan kos rawatan dan prosedur berkenaan dianggarkan RM240,000 namun sebanyak RM61,201 perlu ditanggung sendiri oleh keluarga kanak-kanak itu.
"Daripada jumlah tersebut, RM60,000 diperlukan bagi menampung kos prosedur pemindahan sum-sum tulang, manakala baki RM1,201 adalah untuk pembelian ubat kemoterapi serta peralatan khas yang diperlukan sebelum dan semasa prosedur.
"Sehubungan itu, FOCCAN melancarkan kempen kutipan dana bagi membantu Hariz Raif bagi mendapatkan jumlah diperlukan itu bagi memastikan rawatan berkenaan dapat diteruskan," ujarnya.
Beliau turut mengajak orang ramai termasuk badan korporat, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu untuk tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.
Katanya, sumbangan yang diberikan, walaupun dalam jumlah kecil, amat bermakna dalam membantu Muhammad Hariz mendapatkan peluang untuk sembuh.
"Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara bernombor 557102120607 dengan meletakkan rujukan transaksi HARIZ RAIF," katanya.
Lebih membimbangkan, antara pengubahsuaian yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk penggunaan tayar terlalu kecil atau dikenali sebagai tayar sotong, ekzos tanpa penyerap bunyi, lengan ayun belakang (swing arm) yang dipanjangkan sehingga menyebabkan sistem brek belakang tidak dapat dipasang serta pengubahsuaian enjin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805426/edisi/utara/sanggup-belanja-puluhan-ribu-ubah-suai-motosikal-akhirnya-disita-jpja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.