JAGUH skuasy negara, S Sivasangari hanya selangkah untuk merangkul gelaran Terbuka China 2026 selepas mempamerkan aksi cemerlang dan tenang untuk menewaskan pemain Hong Kong, Sin Yuk Chan pada aksi separuh akhir perseorangan wanita pada Sabtu.
Pemain pilihan utama itu menundukkan Yuk Chan 11-3, 11-5, 11-8, sekali gus mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.