Gempa bumi 7.2 magnitud landa kepulauan Maluku, Indonesia

Iklan
Pusat gempa terletak di perairan 43 kilometer barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya pada kedalaman 125 kilometer. Foto BMKG

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda Kepulauan Maluku di timur Indonesia pada petang Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Data yang disiarkan di laman sesawang agensi itu menunjukkan gempa bumi berkenaan berlaku pada 4.42 petang waktu Indonesia Barat, dengan pusat gempa terletak di perairan 43 kilometer barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya pada kedalaman 125 kilometer.

Iklan
Iklan

BMKG memaklumkan bahawa gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, namun menasihatkan penduduk supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan