Pangkalan data jenayah FBI digodam

Iklan
Pencerobohan yang dipercayai membabitkan pangkalan data Pusat Maklumat Jenayah Kebangsaan (NCIC) itu merupakan insiden kedua melibatkan sistem FBI dalam tempoh beberapa bulan. - Foto Agensi

WASHINGTON – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat dakwaan pencerobohan pangkalan data nasional yang digunakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan bagi menyimpan serta berkongsi maklumat berkaitan jenayah, lapor CNN pada Jumaat.

Pencerobohan yang dipercayai membabitkan pangkalan data Pusat Maklumat Jenayah Kebangsaan (NCIC) itu merupakan insiden kedua melibatkan sistem FBI dalam tempoh beberapa bulan.

Iklan
Iklan

Ia juga menambah senarai insiden keselamatan siber yang mencetuskan kebimbangan pegawai Amerika Syarikat (AS) sepanjang minggu lalu.

Pangkalan data NCIC digunakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang untuk menyimpan dan berkongsi maklumat mengenai waran tangkap, rekod jenayah serta semakan latar belakang individu.

Iklan

Antara insiden siber berprofil tinggi yang berlaku sepanjang minggu lalu termasuk gangguan perkhidmatan global yang menjejaskan ratusan juta pengguna Microsoft selain penghentian operasi penerbangan yang menyebabkan lebih 18,000 penerbangan di seluruh negara terjejas.

Pada September lalu, kumpulan pemerasan digital dikenali sebagai 'ShinyHunters' turut menceroboh laman web pengambilan pekerja FBI sehingga menyebabkan data kakitangan semasa dan bekas agensi itu terdedah. - Agensi

Iklan