Peluru berpandu balistik Houthi sasar Riyadh dipintas

Iklan
Pakatan diketuai Arab Saudi memintas dan memusnahkan tiga peluru berpandu balistik Houthi yang dilancarkan dari Yemen ke arah Riyadh. Foto AFP

RIYADH - Pakatan diketuai Arab Saudi di Yemen pada awal pagi Sabtu memintas dan memusnahkan tiga peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi dari Yemen ke arah Riyadh, lapor Xinhua.

Jurucakap pakatan itu mengumumkan pemintasan peluru berpandu berkenaan menerusi platform media sosial X.

Iklan
Iklan

Bunyi letupan kedengaran di Riyadh pada awal pagi Sabtu, manakala penduduk menerima amaran menerusi telefon bimbit masing-masing. Amaran itu kemudiannya ditarik balik.

Pakatan itu turut memaklumkan bahawa sebuah dron yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah wilayah selatan Arab Saudi berjaya dipintas dan dimusnahkan. - Bernama-Xinhua

Iklan

 

 

Iklan