Dua beradik maut ditemukan berpelukan atas katil di ruang pejabat

Iklan
Dua beradik ditemukan rentung, berpelukan atas katil dalam pejabat terbabit.

SIK - Bomba mengesahkan lokasi kebakaran mengorbankan dua beradik di Kampung Teloi Tua di sini ialah sebuah pejabat pengurusan bersebelahan pusat penyimpanan tong Gas Petroleum Cecair (LPG).

Timbalan Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan dan lelaki berusia tiga tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemukan rentung, berpelukan atas katil dalam pejabat terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi awal pagi: Dua kanak-kanak rentung atas katil

Iklan

"Dalam pejabat tu ada katil dan tilam, mereka ditemukan berpelukan... Setakat ini bomba sedang siasat punca kejadian.

Siasatan dijalankan di lokasi kejadian di Kampung Teloi Tua, Sik pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti dari bangunan berdekatan bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian.

Beliau menambah, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.11 pagi sebelum menggerakkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba dan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira lima minit selepas pasukan bomba tiba di lokasi bagaimanapun identiti duanya masih dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, bomba masih menjalankan siasatan sama ada terdapat aktiviti memasak di premis berkenaan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.