KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$132.1 bilion (RM543.3 bilion) setakat 13 November 2026, berbanding AS$132.6 bilion (RM545.4 bilion) yang dicatatkan pada 30 Oktober 2026.
Bank pusat itu melalui satu kenyataan berkata, komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing AS$116.2 bilion (RM477.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.3 bilion (RM5.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$6.0 bilion (RM24.6 bilion), emas AS$6.2 bilion (RM25.5) dan aset rizab lain sebanyak AS$2.4 bilion (RM9.8 bilion).
Jumlah asetnya berjumlah RM639.76 bilion pada 13 November 2026 merangkumi RM538.74 bilion dalam emas, aset kewangan asing dan rizab lain, termasuk SDR, RM12.44 bilion dalam kertas kerajaan Malaysia, RM4.07 bilion dalam deposit dengan institusi kewangan, RM22.71 bilion dalam bentuk pinjaman dan peralatan, RM22.71 bilion dalam pinjaman dan pendahuluan, RM4.53 bilion dalam hartanah dan peralatan serta RM57.24 bilion dalam aset lain.
Sementara itu, modal dan liabiliti BNM terdiri daripada modal RM100 juta dalam modal, RM195.92 bilion dalam rizab serta RM188.17 bilion dalam edaran mata wang.
Deposit oleh institusi kewangan berada pada paras RM111.76 bilion, deposit kerajaan persekutuan RM15.09 bilion dan deposit-deposit lain sebanyak RM83.23 bilion, manakala Kertas Bank Negara berjumlah RM15.23 bilion, peruntukan SDR sebanyak RM26.83 bilion dan liabiliti lain RM3.40 bilion. - Bernama