Pemindahan dua buah pinggang Aidil berjaya, kornea menyusul

Iklan
Proses pemindahan kornea Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, yang merupakan penderma organ, dijadualkan berlangsung di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) minggu ini.

KOTA BHARU - Proses pemindahan kornea Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, yang merupakan penderma organ, dijadualkan berlangsung di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) minggu ini.

HRPZ II dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses berkenaan akan melibatkan seorang pesakit di hospital itu yang memerlukan pemindahan kornea.

Iklan
Iklan

"Sebagai simbolik kepada kejayaan pendermaan organ dan tisu itu, pancaran lampu hijau di pekarangan HRPZ II akan terus dinyalakan selama seminggu,” menurut kenyataan itu.

HRPZ II turut menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengikrar penderma organ menerusi aplikasi MySejahtera sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ dan tisu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, pendermaan organ merupakan satu tindakan mulia yang bukan sahaja berpotensi menyelamatkan nyawa, malah memberi peluang baharu kepada pesakit yang memerlukan, sambil menghargai keprihatinan keluarga Allahyarham dalam merealisasikan hasrat berkenaan

Media sebelum ini melaporkan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia berjaya memperoleh tulang, hati, buah pinggang dan kornea menerusi proses pendermaan organ Allahyarham, yang merupakan pengikrar penderma organ dan hasratnya itu dilaksanakan dengan persetujuan ahli keluarga selepas beliau disahkan mengalami kematian otak.- Bernama 

Iklan