Penjawat awam ditahan bawa masuk warga asing tanpa dokumen sah

Iklan
Kes disiasat mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) terhadap penjawat awam berumur 40an itu. Gambar hiasan

SEPANG - Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki membawa masuk warga asing tanpa dokumen perjalanan sah menerusi kaunter Imigresen di KLIA Terminal 2, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kes itu dikesan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sebelum laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan pada 17 November lalu.

Iklan
Iklan

"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.18 pagi.

"Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai AKPS yang bertugas ketika kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) terhadap penjawat awam berumur 40an itu.

"Manakala wanita warga asing berumur 38 tahun terbabit ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Iklan