KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama itu dapat dicegah daripada berulang.