Tekong darat bertindak agresif guna senjata tajam terhadap anggota PGA
Iklan
Seorang lelaki dipercayai tekong darat ditahan bersama 12 PATI warga Myanmar dalam serbuan di Kubang Gadong, Sektor Jeram, Pasir Mas pada Ahad. Foto: PGA
PASIR MAS - Seorang lelaki dipercayai tekong darat ditahan bersama 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dalam serbuan di Kubang Gadong, Sektor Jeram di sini pada Ahad.
Operasi jam 8 malam itu turut menyaksikan dua lelaki bertindak agresif dengan melakukan kekerasan terhadap anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), malah salah seorang daripada mereka dipercayai memegang senjata tajam.
Iklan
Iklan
Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti kemasukan PATI tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Menurut beliau, pasukan risikan dan pemerhatian yang digerakkan ke kawasan berkenaan mengesan sekumpulan individu bergerak dalam keadaan gelap dan mencurigakan.
Iklan
"Keadaan itu menimbulkan syak bahawa kumpulan berkenaan cuba mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa sebelum pasukan bertindak melakukan serbuan.
"Ketika serbuan dijalankan, dua lelaki bertindak agresif dan melakukan kekerasan terhadap anggota pasukan. Pemeriksaan turut mendapati terdapat senjata tajam di tangan individu terbabit yang boleh mengancam keselamatan anggota bertugas," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Iklan
Kesemua tangkapan dibawa ke Komtak Jeram Perdah bagi tujuan dokumentasi, penyediaan laporan polis dan tindakan siasatan lanjut. Foto: PGA
Beliau memberitahu, tindakan sewajarnya diambil bagi mengawal keadaan dan mengatasi ancaman berkenaan sebelum seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai berperanan sebagai tekong berjaya ditahan.
Bagaimanapun tambahnya, seorang lagi lelaki berjaya meloloskan diri dari lokasi serbuan.
Ujar Ahmad Radzi, pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan 12 lagi warga Myanmar terdiri daripada lapan lelaki dan empat perempuan.
"Kesemua 13 individu itu disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit sah untuk berada di negara ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Beliau memberitahu, kesemua tangkapan dibawa ke Komtak Jeram Perdah bagi tujuan dokumentasi, penyediaan laporan polis dan tindakan siasatan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keledek V8 saingi ubi Jepun, petani terima benih Januari depan - MARDI"><meta itemprop="description" content="Varieti baharu ubi keledek V8 yang berpotensi menghasilkan lebih 26 tan metrik sehektar bakal diperluaskan kepada petani seluruh negara bermula Januari 2027, sekali gus membuka peluang mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap bekalan ubi keledek import termasuk dari Jepun.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Sanimah Simoh berkata, pihaknya kini dalam peringkat menyediakan benih bagi melaksanakan projek perintis penanaman varieti berkenaan sebelum diperluaskan kepada usahawan tani.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804679/edisi/kelantan/keledek-v8-saingi-ubi-jepun-petani-terima-benih-januari-depan---mardi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Keledek #Keledekv8 #Mardi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-15T09:12:50.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gxZIM1g-NUnT3RSz3/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwtjme"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwtjme"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwtjme"></script>