Warga emas keletihan ketika berkebun di puncak bukit diselamatkan

Iklan
Warga emas yang lemah ketika berkebun berjaya dibawa turun dan diselamatkan. - Foto: JBPM

BUKIT MERTAJAM – Aktiviti berkebun di puncak Bukit Suling bertukar cemas apabila seorang warga emas dilaporkan berada dalam keadaan lemah sebelum diselamatkan anggota bomba menerusi operasi khas petang Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 76 tahun dilaporkan mengalami keletihan dan tidak mampu turun sendiri dari kawasan puncak bukit berkenaan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi sistem NG999 pada jam 3.09 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 3.30 petang selepas berdepan kesesakan lalu lintas.

Iklan

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan kenderaan utiliti jenis Hilux untuk menuju ke puncak bukit.

“Pasukan kemudian membantu membawa mangsa turun ke kaki bukit sebelum diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.08 petang.

Operasi tersebut melibatkan lima anggota BBP Penanti dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan utiliti Hilux serta anggota APM.