Banjir kilar jejaskan laluan berhampiran i-City, Seksyen 7

Iklan
Perkongsian pengguna aplikasi Threads memaparkan keadaan banjir di kawasan berkenaan berikutan hujan lebat bermula sekitar 1 tengah hari Ahad.

SHAH ALAM - Hujan lebat berterusan lebih sejam menyebabkan laluan di kawasan i-City dan Seksyen 7 di sini dilanda banjir kilat dan menjejaskan pergerakan kenderaan petang ini.

Perkongsian pengguna menerusi aplikasi Threads memaparkan keadaan banjir di kawasan itu yang dinaiki air berikutan hujan lebat bermula sekitar 1 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna, frhn.jefx menyiarkan video laluan berhampiran kawasan di i-City yang dinaiki air dengan beberapa kenderaan terutama motosikal terpaksa berhenti di laluan tersebut.

Laluan di kawasan i-City dan Seksyen 7, Shah Alam dilanda banjir kilat pada Ahad. Foto tangkap layar video pengguna Threads

Iklan

Pengguna, jacketpotato.sa turut berkongsi maklumat mengenai keadaan di sekitar laluan sama dan beberapa kereta meredah air di lokasi tersebut.

Seorang lagi pengguna, charlie.kilo.maggi turut berkongsi situasi banjir kilat yang berlaku pada 2.46 petang di susur keluar dari kawasan i-City.

Iklan

"Kena detour area belakang kilang Pharmaniaga untuk keluar. Semoga semua selamat," menurut hantaran itu.

Sementara itu, pengguna sashidd menyiarkan video di aplikasi sama tentang keadaan di kawasan parkir kenderaan di Seksyen 7 yang turut dinaiki air dan menasihati pengguna untuk membatalkan niat untuk ke kawasan berkenaan bagi mengelakkan terkandas.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 5 petang ini.  

Di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat. - Bernama